Barkat Chalet
Barkat
Chalet
merupakan tempat penginapan pelancongan terawal di Kampung Selat Bagan Nyior
yang diasaskan oleh Puan Barakatunissha Binti K.Karim, 60 dan suaminya iaitu Encik
Abdul Rasyid bin Besari, 58 pada Tahun 2000. Tempat penginapan yang berkeluasan
1.5 hektar ini mengutamakan layanan
ramah mesra dan kepuasan nurani pelancong disamping menyampaikan perasaan dan
suasana sebenar kehidupan masyarakat perkampungan nelayan. Justeru, chalet yang
dibina di sini berkonsepkan rumah kampung di tepi laut dengan kemudahan yang sederhana.
Keistimewaan di Barkat Chalet adalah keindahan suasana kampung yang memberikan
ketenangan kepada pelancong, tiupan angin pantai serta keindahan terbit dan
terbenam matahari boleh dinikmati oleh penginap di chalet ini. Di samping itu,
kelebihan yang terdapat di Barkat Chalet ialah pelancong boleh merasai
sendiri pengalaman untuk menjala atau memancing hidupan laut seperti mana
nelayan di kampung ini. Perkara sebegini pastinya menjadi satu pengalaman yang
menyeronokkan dan bermakna kepada pelancong. Selain itu, minuman percuma
disediakan kepada pelancong yang tiba pada hari pertama untuk menginap di sini
di samping pelbagai makanan kampung yang unik dan enak disediakan pada harga
yang berpatutan. Perkhidmatan pengangkutan seperti motosikal dan basikal pula diberikan
secara percuma dan layan diri kepada pelancong. Dengan kemudahan ini, pelancong
boleh bergerak dengan lebih mudah untuk menikmati keindahan dan keunikan di
sekitar Pulau Dayang Bunting.
Di Barkat
Chalet ini terdapat 7 bilik dan 1 dorm dengan 8 katil di dalamnya. Namun,
Tiada pakej tetap bagi bilik penginapan dan makanan turut disediakan kepada
pelancong yang menginap disini. Selain itu, jika pelancong mempunyai permintaan
untuk mendapatkan perkhidmatan lain seperti berkayak, mendaki, atau ingin pergi
ke kawasan lain menggunakan bot, Barkat
Chalet sedia memberikan harga yang berpatutan kepada pelancong. Dalam pada
itu, terdapat 3 ekor anjing yang telah dilesenkan untuk menjaga kawasan Barkat Chalet disamping menjadi penunjuk
arah kepada pelancong untuk pergi ke kawasan air terjun di dalam hutan.
Di samping itu, bagi memperkenalkan Barkat Chalet kepada masayarakat luar,
pemiliknya telah membuat pengiklanan menerusi internet untuk mempromosikan chalet
kepada penduduk dalam dan luar negara. Namun demikian, kebanyakan pelancong
yang datang ke Barkat Chalet
merupakan warga asing terutamanya dari Eropah iaitu dalam lingkungan 90 peratus
berbanding warga tempatan iaitu 10 peratus sahaja. Antara kebanyakan pelancong
yang datang ialah daripada Jerman, Itali dan Perancis. Barkat Chalet biasanya menerima pelancong dalam bilangan tertentu pada
satu-satu masa bagi memastikan layanan yang diberikan kepada setiap pelancong
memuaskan. Prinsip Barkat Chalet yang
mementingkan kepuasan pelancong daripada keuntungan ini telah menjadikan tempat
penginapan pelancong ini diiktiraf sebagai superhost oleh Airbnb, satu jaringan
pemasaran dan penginapan secara atas talian.
Encik Abdul Rasyid bin Besari
Puan Barakatunissha Binti K.Karim
NOBA The Best Resort
NOBA The Best Resort atau lebih dikenali
dengan nama Resort NOBA merupakan
tempat penginapan kedua di Kampung Selat Bagan Nyior selain Barkat Chalet. Resort NOBA boleh dikatakan masih baru kerana pembinaannya ialah
pada Tahun 2013. Resort ini dimiliki oleh seorang usahawan kelahiran Pulau Tuba
iaitu Dato’ Sri Noordin, 52. Resort NOBA
yang berkeluasan hampir 4 hektar ini mengandungi 13 buah chalet dan 5 lagi
chalet baru dan satu kolam renang dalam perancangan pembinaan. Pelancong boleh
memilih sama ada homestay, bilik perseorangan atau chalet ala kampung mengikut
keinginan, keselesaan dan bajet sendiri. Pelancong boleh sampai ke resort ini
melalui jeti Pekan Rabu terus ke jeti Resort
NOBA tanpa perlu berjalan kaki.
Pemilik Resort NOBA Dato’ Sri Noordin (kanan)
Resort NOBA mementingkan
keselesaan kepada pelancong dengan kelengkapan yang moden di sebahagian chalet,
disamping suasana tenteram yang bebas daripada kebisingan dan kesibukan kota.
Antara kelengkapan yang disediakan di Resort
NOBA ialah rangkaian televisyen berbayar, jaringan internet percuma,
penghawa dingin dan dapur. Pelancong dibenarkan membawa makanan atau memasak di
chalet seperti rumah sendiri.
Antara pakej penginapan yang ditawarkan di Resort NOBA ialah Chalet NOBA Buluh yang dapat memuatkan 2-3 orang dengan kelengkapan
kipas, penghawa dingin, air minuman dan tuala beserta peralatan mandi. Selain
itu, Chalet NOBA Biru untuk 2 orang
khas kepada pasangan dengan kelengkapan yang sama seperti Chalet NOBA Buluh ditambah dengan televisyen dan siaran televisyen
berbayar dan sebuah lagi chalet iaitu Chalet
NOBA Orang yang dapat memuatkan
5-6 orang dengan kelengkapan sama seperti Chalet
NOBA Biru. Manakala bagi pakej homestay pula, kelengkapan yang disediakan
juga sama seperti Chalet NOBA Biru
dan Chalet NOBA Orang ditambah dengan
satu dapur bagi rumah untuk muatan 2 hingga 3 orang dan untuk rumah yang dapat
memuatkan sehingga 10 orang.
Chalet NOBA
Seterusnya, terdapat pakej makanan untuk makan sehari merangkumi sarapan pagi, makan tengahari, minum petang, dan makan malam untuk orangg dewasa dan kanak-kanak. Selain itu, terdapat juga menu istimewa seperti ayam dan ikan bakar berempah yang disediakan. Resort NOBA turut menyediakan perkhidmatan penyewaan motosikal khas untuk pelancong yang menginap di sini untuk memudahkan mereka keluar bersiar-siar di Pulau ini.
PENGANGKUTAN
PELANCONGAN
Pengangkutan utama di Pulau Dayang Bunting ialah
motosikal, memandangkan keadaan bentuk muka bumi yang berbukit dan struktur
jalan yang kecil. Justeru, perkhidmatan penyewaan motosikal bukan sahaja
dilakukan di tempat-tempat penginapan sahaja, malah penduduk setempat di Pulau
Dayang Bunting ini juga turut menyediakan perkhidmatan ini.
Tempat utama untuk mendapatkan motosikal sewa biasanya
ialah di Kedai Runcit Halipah. Lokasi kedai runcit ini adalah berhampiran
dengan jeti utama Kampung Selat Bagan Nyior. Terdapat 12 buah motosikal
disediakan oleh Encik Halipah, 60 untuk kemudahan pengangkutan bukan sahaja
kepada pelancong, tetapi juga kepada penduduk kampung yang memerlukan motosikal
ketika kecemasan serta guru-guru yang datang untuk mengajar di Sekolah
Kebangsaan Selat Bagan Nyior. Menurut Encik Halipah, beliau merancang untuk
menambahkan bilangan motosikal sewa kepada 50 hingga 60 buah serta membuat
perkhidmatan sewaan basikal dan kereta pada masa akan datang. Dengan adanya
perkhidmatan penyewaan motosikal ini, pelancong akan lebih mudah mendapatkan
kenderaan bagi mereka bergerak untuk menikmati keindahan yang terdapat di Pulau
Dayang Bunting ini.
Encik Hanipah
No comments:
Post a Comment